MENU
TAKLIMAT PEMBANGUNAN DAERAH TEMERLOH
 
19 Mac 2024 (Selasa) – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah bersama Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah berkenan bercemar duli mendengar persembahan Taklimat Pembangunan Daerah Temerloh di Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh yang telah disampaikan oleh Pegawai Daerah Temerloh, YH. Dato’ Khairur Rizal Ramli mengenai pembangunan dan pencapaian di daerah berkeluasan 2,272 kilometer persegi yang mempunyai 174,600 penduduk.
 
“Daerah Temerloh dan Mentakab mempunyai potensi yang besar dengan adanya jajaran ECRL, Lebuh Raya Pantai Timur (LPT), Lingkaran Tengah Utama (LTU) maka lebih ramai pelancong boleh datang ke sini.
 
“Banyak kemudahan yang ada namun mesti ada kemajuan. Sebagai contoh Pekan Sehari Temerloh berusia 150 tahun, perlu diberi nilai tambah.. mungkin boleh cantikkan kawasan, perbanyakkan kemudahan untuk memberi nilai terhadap keistimewaan yang ada, jadi ia bukan hanya terkenal dalam negara kita sahaja tapi juga di seluruh dunia,” titah baginda.
 
Hadir sama Yang Dipertua Dewan Negeri Pahang, Dato' Sri Haji Mohd Sharkar Haji Shamsudin, Exco Hal Ehwal Agama Islam, Kemajuan Desa dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang, YB. Dato' Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad serta pemimpin di peringkat negeri dan daerah.
 
 
Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM DAN PEMBANGUNAN BELIA