MENU
  1. Bil Cukai Taksiran Am akan dikeluarkan tidak lewat dari minggu kedua bulan Januari dan minggu kedua bulan Julai setiap tahun.
  2. Setiap permohonan lesen yang lengkap akan diproses dan diberi kelulusan dalam tempoh satu bulan.
  3. Semua aduan akan disiasat dan diambil tindakan dalam tempoh 72 jam.
  4. Semua urusan permohonan penswastaan akan diselesaikan dalam tempoh 4 bulan.
  5. Semua premis makanan akan diperiksa dua kali setahun untuk memastikan tahap kebersihannya.
  6. Berusaha menjadikan Bandar Temerloh hijau dan menarik melalui program dan aktiviti penanaman pokok-pokok dengan teratur tidak kurang 5000 batang pokok setahun.
  7. Semua permohonan Pelan Bangunan yang lengkap akan diluluskan dalam masa sembilan minggu.
  8. Semua permohonan Sijil Kelayakan Menduduki yang lengkap akan diluluskan dalam tempoh 14 hari.
  9. Segala urusan di kaunter akan dilayan dalam masa tiga minit.
  10. Memastikan kutipan sampah, sisa pepejal dibuat seperti berikut:
    • Kutipan sampah dari premis kediaman, taman perumahan dibuat dengan kekerapan 3 kali kutipan setiap minggu.
    • Kutipan sampah dari premis perniagaan dibuat setiap hari.
    • Pembersihan tapak penjaja Pasar Malam, Pekan Sehari dibuat selepas selesai aktiviti perniagaan pada hari yang sama.
  11. Permohonan Pelan Susunatur yang lengkap akan diluluskan dalam tempoh 3 bulan dengan syarat ianya dengan dokumen yang lengkap.
  12. Semua permohonan kemudahan Majlis akan dimaklumkan kelulusan dalam masa seminggu.
Kemaskini Terakhir: Selasa, 19 September 2017 - 9:10pm