MENU
Polisi Objektif Kualiti Jabatan Kawalan Bangunan
 
"Kami berazam untuk memberi kepuasan kepada pelanggan kami dengan memberi perkhidmatan yang berkualiti dan bernilai selaras dengan motto.

Di dalam memenuhi Polisi Kualiti ini, kami mengamalkan Pengurusan Kualiti Menyeluruh dengan objektif-objektif berikut:

Mengikut peraturan yang ditetapkan di bawah Akta Jalan, Parit dan bangunan 1974 (Akta 133), Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1986 dan dasar-dasar Majlis, jabatan ini bertanggungjawab melaksanakan undang-undang kawalan bangunan-bangunan di dalam kawasan pentadbiran Majlis dan memastikan ia dibina mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Akta dan Undang-undang Kecil di atas.

Fungsi Jabatan Kawalan Bangunan

  • Menguatkuasakan kawalan ke atas pembinaan bangunan dan penduduk kepada bangunan-bangunan di Temerloh.

  • Menasihati Majlis dalam kawalan perancangan bangunan.

  • Mengawal, memeriksa dan menjalankan siasatan ke atas semua bangunan tambahan dan bangunan yang didirikan tanpa kebenaran.

  • Menasihati lain-lain jabatan di atas perkara-perkara yang berkaitan dengan kegunaan bangunan.

  • Merekabentuk pindaan / bangunan yang dicadangkan untuk didirikan jika ada.

 

Piagam Pelanggan Jabatan Kawalan Bangunan

  • Memproses permohonan pengeluaran Sijil Kelayakan Menduduki dalam tempoh 2 minggu.

  • Memproses permohonan kelulusan pelan tambahan dan pindaan dalam tempoh 6 minggu.

  • Memproses permohonan kelulusan bekalan air dan elektrik dalam tempoh 1 minggu.

  • Mengeluarkan premit serta-merta. 

Kemaskini Terakhir: Isnin, 13 November 2017 - 9:08pm