MENU

Polisi Objektif Kualiti Jabatan Khidmat Pengurusan

"Kami beriltizam untuk mewujudkan dan melahirkan kakitangan yang berpengalaman dan mahir,komited dan produktif serta berkualiti dalam memantapkan dan menjayakan matlamat organisasi."

Di dalam memenuhi Polisi Kualiti ini, kami mengamalkan Pengurusan Kualiti Menyeluruh dengan objektif-objektif berikut:

  • Menyediakan tenaga kerja yang berdaya maju.
  • Meningkatkan kualiti tenaga kerja melalui bimbingan,latihan dan kursus.
  • Sentiasa memberi kemudahan dan insentif kepada kakitangan bagi mendorong peningkatan kualiti (motivated).
  • Memastikan peraturan kerja,pemakaian MS ISO, Undang-undang dan Akta dipatuhi.
  • Sentiasa telus dalam melaksanakan perkhidmatan seperti mesra,peramah dan bertoleransi.

 

Piagam Pelanggan Jabatan Khidmat Pengurusan 

  • Semua surat yang diterima diproses dan diedarkan dalam masa dua hari.
  • Pengisian jawatan kosong akan dilakukan dalam tempoh 7 hari selepas urusan temuduga dan pengesahan Jawatankuasa Perjawatan dan Tatatertib.
  • Pengesahan Dalam Jawatan bagi Pegawai Tetap yang telah memenuhi tempoh percubaan dan diperakui oleh Yang Dipertua serta pengesahan JawatanKuasa Perjawatan dan Tatatertib dimaklumkan kepada Pegawai berkenaan dalam masa 3 hari.
  • Pengesahan Pemberian Taraf Berpencen bagi Pegawai Tetap yang telah disahkan dalam jawatan dikemukakan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam dalam masa 7 hari.
  • Pencalonan Pegawai/Kakitangan bagi mengakui Kursus/Latihan yang dibuat oleh Yang Dipertua dikemukakan kepada agensi yang membuat tawaran dalam masa 3 hari.
  • Dokumen pesaraan yang lengkap dikemukakan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (Bahagian Pencen) sebelum Pegawai berpencen seperti berikut:
    • Satu tahun sebelum bersara
      • a) Kenyataan Perkhidmatan.
      • b) Kenyataan Cuti.
      • c) Borang Pen. 15,Pen.16 dan Perakuan Ahli.
    • 6 bulan sebelum bersara
      • a) Kenyataan Perkhidmatan/Cuti yang kemaskini sehingga ke tarikh pesaraan.
      • b) 4 salinan borang Tab. 1
      • c) 3 salinan borang Tab. 5
      • d) 3 salinan borang Tab. 6
      • e) Sijil Nikah dan Surat Beranak Anak Bawah 21 Tahun.
      • f) Salinan kad pengenalan.
    • 3 bulan sebelum bersara
      • a) 3 salinan borang Tab. 4
      • b) Sijil Pelepasan Cukai Pendapatan.
      • c) Surat Arahan Kutipan Balik Bank Pinjaman Perumahan (Lampiran C).
    • Semua permohonan penggunaan kemudahan peralatan Majlis dari orang awam yang lengkap diproses dan beri kelulusan dalam masa 14 hari sebelum tarikh penggunaan.