MENU

Visi

MPT Unggul,Temerloh Lestari Menjelang 2020

Misi

Mewujudkan Sebuah Perbandaran Yang Maju, Sejahtera Dan Menarik Melalui Sistem Penyampaian Perkhidmatan Berkualiti Dan Penyediaan Kemudahan Masyarakat Yang Sempurna

Nilai-Nilai Bersama

1) Bijaksana

Sentiasa berusaha melaksanakan tugas dan tanggungjawab secara tegas dan bertanggungjawab berpandukan ilmu, kemahiran dan tahap professionalisme yang tinggi. Membuat pertimbangan yang teliti dalam sesuatu tindakan serta membuat keputusan yang rasional berdasarkan fakta tertentu dengan mengambil kira kepentingan organisasi, perkhidmatan dan negara

2) Berdisiplin

Sentiasa mengawal diri dan perilaku berlandaskan undang-undang, peraturan, prinsip dan nilai-nilai murni. Melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan tekun dan taat tanpa penyeliaan yang rapi dan sentiasa menjaga imej diri, organisasi, perkhidmatan dan Negara di kaca mata masyarakat.

3) Adil

Sentiasa berusaha membuat pertimbangan yang saksama dan sama rata dalam setiap tindakan dan keputusan berasaskan undang-undang, peraturan, keutamaan dan fakta yang lengkap dan tepat. Penilaian terhadap sesuatu tindakan atau keputusan dibuat secara objektif dan analitikal dengan menggunakan kaedah yang betul serta memuaskan semua pihak terlibat.

4) Amanah

Menjalankan tugas dengan penuh komitmen, dedikasi dan rasa tenggungjawab selaras dengan Aku Janji yang telah diikrarkan.

5) Kerja Berpasukan

Mempunyai semangat kekitaan, bekerjasama, bertolak ansur dan sifat setia kawan dan muafakat yang tinggi untuk mencapai visi dan misi organisasi.

6) Akauntabiliti

Mempunyai rasa tanggungjawab dan akauntabiliti di dalam segala tindakan dan kelakuan.

7) Telus

Sentiasa bersikap positif dan terbuka dengan mewujudkan prosedur kerja dan melaksanakan tindakan yang telus, lengkap serta menyelesaikan kerja mengikut masa yang ditetapkan. Berusaha memaklumkan maklumat, tindakan dan keputusan yang telah diambil kepada pihak yang berhak selagi ianya tidak bercanggah dengan undang- undang dan peraturan.

8) Integriti

Melaksanakan amanah dan kuasa yang diberikan dengan jujur dan saksama. Berkhidmat dengan penuh komitmen dan bertanggungjawab serta sempurna dan utuh.

 

Kemaskini Terakhir: Jumaat, 14 April 2017 - 10:40am