MENU
Polisi Objektif Kualiti Jabatan Perancang
 
"Kami berazam untuk memberi kepuasan kepada pelanggan kami dengan memberi perkhidmatan yang berkualiti dan bernilai selaras dengan motto Bahagian Perancang Bandar - MERANCANG ADALAH AMANAH."

Di dalam memenuhi Polisi Kualiti ini, kami mengamalkan Pengurusan Kualiti Menyeluruh dengan objektif-objektif berikut:

  • Menggunakan pendekatan 'bottom-up planning' dalam usaha untuk menghasilkan perancangan yang "functional" dan praktikal.
  • Memastikan pembangunan seimbang bagi mewujudkan satu kehidupan yang selesa dan menarik.
  • Merancang dan mendorong pembangunan ke arah untuk menjadikan Bandar Temerloh sebagai Pusat Pertumbuhan Separa Wilayah.
  • Memastikan pembangunan yang dilaksanakan selaras dengan dasar Majlis Perbandaran Temerloh.
  • Memenuhi keperluan Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan.

 

Piagam Pelanggan Jabatan Perancang

  • Kami akan meluluskan permohonan pelan susunatur dalam tempoh 3 bulan dengan syarat ianya disertakan dengan dokumen yang lengkap.
  • Ulasan permohonan tukar syarat dasar akan dikemukakan kepada Pejabat Tanah Dan Galian dalam tempoh 1 bulan.
  • Ulasan mengenai permohonan pecah sempadan,pecah bahagi dan catuman tanah akan dibuat dalam tempoh 1 bulan serta dikemukakan kepada Pejabat Tanah Daerah.
  • Semua ulasan perancangan yang diperlukan oleh Jabatan-Jabatan luaran dan dalaman yang lain akan dikemukakan dalam tempoh 2 minggu.
  • Menguruskan perancangan gunatanah,lalulintas dan pengangkutan awam dalam kawasan Majlis dengan lebih terancang dan teratur sepertimana yang ditetapkan di dalam Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan.
  • Mengemukakan maklumat-maklumat perancangan dan kawalan pembangunan di kawasan Majlis Perbandaran Temerloh kepada orang ramai.
  • Melaksanakan program Local Agenda 21