MENU
TAHNIAH WARGA TEMERLOH !!! MAJLIS IFTAR TERPANJANG DI MALAYSIA
 
8 April 2024 (Isnin) – Tahniah Majlis Perbandaran Temerloh kerana telah berjaya mendapat pengiktirafan 'The Longest Iftar Line’ atau Iftar Terpanjang di Malaysia pada 6 April 2024 setelah bulan Disember lalu, Majlis Perbandaran Temerloh telah memperoleh pengiktirafan oleh Malaysia Book of Record (MBOR) di atas penganjuran Pekan Sehari Terpanjang dan Teramai Peniaga di Malaysia.
Acara ini berlangsung di Laluan Esplanade 1 hingga ke Esplanade 2 sepanjang 2168 meter dan kini tercatat didalam Malaysia Book of Record (MBOR) dan ianya disahkan oleh wakil MBOR yang turut sama dalam majlis berkenaan. Berdasarkan rekod Majlis Perbandaran Temerloh (MPT), kira-kira 5,000 pengunjung ke daerah itu untuk bersama-sama berbuka puasa di sepanjang Sungai Pahang.
 
Turut hadir Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Pahang, Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff, Exco Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan Pahang, Leong Yu Man, Yang Dipertua, MPT, Tuan Suris bin Mihat dan Ahli-ahli Majlis, MPT.
 
Mohammad Fakhruddin di dalam ucapannya berkata, pencapaian MPT perlu dijadikan contoh oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) lain di Pahang. “Mungkin usaha MPT ini boleh diperluaskan ke PBT di daerah lain di Pahang selepas ini. “Saya percaya setiap daerah di Pahang mempunyai keunikan tersendiri, jadi terpulang kepada PBT itu sendiri mencari jalan mempromosikan kawasan pentadbiran mereka,” katanya.
 
Pada majlis tersebut Sijil pengiktirafan telah diserahkan oleh wakil MBOR, Lee Pooi Leng kepada Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Temerloh, Tuan Suris bin Mihat. Syabas Majlis Perbandaran Temerloh dan warga Temerloh yang berjaya membawa pegiktirafan yang sangat bermakna buat daerah Temerloh. Semoga dengan tercatatnya rekod ini, akan menarik lebih ramai pelancong ke Temerloh, sesuai dengan tema yang diperkenalkan, “Amazing Temerloh”.
 
 
Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM DAN PEMBANGUNAN BELIA