MENU
PROMOSI KARNIVAL JOM BELI RUMAH 2022
 
12 Julai 2022 (Selasa) - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) terus komited membawa agenda Malaysia Berdaya Huni atau Liveable Malaysia yang menekankan kepada mewujudkan persekitaran yang kondusif, teratur, mapan dan berdaya huni bagi rakyat. Justeru, pelaksanaan Karnival Jom Beli Rumah 2022 (KJBR 2022) merupakan salah satu usaha Kementerian untuk meningkatkan pemilikan rumah dalam kalangan rakyat, selaras dengan matlamat Satu Keluarga Satu Rumah.
 
Karnival Jom Beli Rumah 2022 (KJBR 2022) akan berlangsung pada 15 Julai sehinga 17 Julai 2022 bermula Jumaat hingga Ahad selama 3 hari. Karnival ini akan diadakan di Dewan 1, Pusat Pameran Mid Valley (Mid Valley Exhibition Centre – MVEC), Kuala Lumpur. 2.
 
Sempena Karnival Jom Beli Rumah 2022 (KJBR 2022), turut diadakan Pelancaran Program Pemilikan Rumah (Home Ownership Programme - HOPE) oleh YAB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Perdana Menteri pada 15 Julai 2022 (Jumaat) di tempat yang sama.
 
 
Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
JABATAN KORPORAT DAN PERHUBUNGAN AWAM.