MENU
PROGRAM KHATAM AL-QURAN KAKITANGAN MAJLIS PERBANDARAN TEMERLOH 2024
 
5 April 2024 (Jumaat) – Pagi ini telah diadakan Program Khatam Al-Quran Kakitangan Majlis Perbandaran Temerloh bertempat di Bilik Latihan, Majlis Perbandaran Temerloh. Program ini telah dianjurkan oleh Unit Latihan, Majlis Perbandaran Temerloh.
 
Seramai 33 kakitangan Majlis Perbandaran Temerloh telah menyertai program ini dan majlis penyampaian sumbangan daripada Kelab KESUMBA, MPT dan Koperasi Kakitangan Majlis Perbandaran Temerloh Berhad (KOSITE) telah disampaikan oleh Tuan Haji Muhammad bin Mohd Nor, Setiausaha MPT. Turut hadir En. Mohd Khairi bin Mohd Yusof, Pengerusi Anulae MPT/Pengerusi Koperasi MPT Berhad.
 
 
Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM DAN PEMBANGUNAN BELIA