MENU
PROGRAM KEMAMPANAN KOMUNITI BANDAR (PKKB) FASA 2 TAHUN 2023
“TRANSFORMASI KECERIAAN ZON TAMAN SAGA, MENTAKAB”
 
18 September 2023 (Isnin) – Pada 16 September 2023, Majlis Perbandaran Temerloh telah mengadakan Program Kemampanan Komuniti Bandar (PKKB) Fasa 2 Tahun 2023 “ Transformasi Keceriaan Zon Taman Saga, Mentakab” bertempat di Taman Saga, Mentakab.
 
Majlis Perasmian program ini telah disempurnakan oleh Encik Ismail bin Abdullah Kunji, Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Temerloh mewakili Yang Dipertua, MPT.
 
Pelbagai program telah diadakan iaitu Ceramah Perkongsian Ilmiah Jenayah Siber : Bahaya Scammer oleh IPD Temerloh, Ceramah Kanser Payu Dara oleh Pejabat Kesihatan Daerah Temerloh, Gotong-royong menanam pokok peneduh, Gotong-royong membersihkan kawasan Taman Saga, Mentakab, Mengecat Tembok Rukun Tetangga dan Program mewarna untuk kanak-kanak (Prasekolah/Sekolah Rendah).
 
 
Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM DAN PEMBANGUNAN BELIA