MENU
PROGRAM HARI BERTEMU PELANGGAN DAN KAUNTER ADUAN BERGERAK MAJLIS PERBANDARAN TEMERLOH
 
Moh datang beramai-ramai warga Temerloh !!!
 
Jangan lupa janji temu kita di Pekan Sehari Temerloh ( Pintu masuk sebelah Petronas berhampiran Gerai MPT Lurah Semantan ) pada 17 September 2023 (Ahad ) dari 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari sempena Program Hari Bertemu Pelanggan & Kaunter Aduan Bergerak, Majlis Perbandaran Temerloh.
 
Manfaatkan hari anda dengan menyelesaikan :
- Semakan dan bayaran Cukai Taksiran
- Semakan dan bayaran kompaun Tempat Letak Kereta (Diskaun 80%)
- Semakan dan bayaran pembaharuan Lesen Perniagaan
- Aduan Awam dan cadangan.
 
Program Hari Bertemu Pelanggan ini merupakan platform untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim di antara MPT dan masyarakat setempat bagi memudahkan masyarakat menyalurkan sebarang aduan dan cadangan secara terus kepada pengurusan Majlis Perbandaran Temerloh.
 
50 Cenderahati disediakan kepada 50 orang pengunjung terawal..Jumpa anda di sana !!!
 
 
 
Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM DAN PEMBANGUNAN BELIA