MENU
PROGRAM HARI BERTEMU PELANGGAN DAN KAUNTER ADUAN BERGERAK MAJLIS PERBANDARAN TEMERLOH
 
18 September 2023 (Isnin) – Semalam Majlis Perbandaran Temerloh telah mengadakan Program Hari Bertemu Pelanggan dan Kaunter Aduan Bergerak bertempat di Pekan Sehari Temerloh.
 
Antara perkhidmatan yang disediakan pada hari semalam ialah semakan dan bayaran Cukai Taksiran, Semakan dan bayaran kompaun Tempat Letak Kereta (Diskaun 80%), Semakan dan bayaran pembaharuan Lesen Perniagaan dan membuat Aduan Awam dan cadangan kepada Majlis Perbandaran Temerloh.
 
Tuan Haji Suris bin Mihat, Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Temerloh bersama pengarah-pengarah Jabatan dan Bahagian,Majlis Perbandaran Temerloh turut berkesempatan hadir menyantuni para petugas dan orang ramai. Turut hadir Pengarah dan Penolong Pengarah Biro Pengaduan Awam Pahang bersama beberapa orang pegawai.
 
Dikesempatan ini pihak MPT ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pengunjung yang hadir menjayakan program ini. Ucapan penghargaan kepada Biro Pengaduan Awam (BPA) Pahang kerana turut membuka kaunter pada hari tersebut.
 
 
 
Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM DAN PEMBANGUNAN BELIA