MENU
PROGRAM 1st “CASHLESS” PEKAN SEHARI TEMERLOH
 
15 Jun 2023 (Khamis) – Pagi tadi telah diadakan Program 1st “Cashless” Pekan Sehari Temerloh anjuran bersama Agro Bank dan Majlis Perbandaran Temerloh bertempat di Dewan Tun Razak, Temerloh.
 
Pada program tersebut telah diadakan sesi taklimat Cashless kepada peniaga-peniaga Pekan Sehari Temerloh,Pasar Tani,Car Boot Sale dan Pasar Karat. Peniaga-peniaga berpeluang untuk membuka akaun dan mengemaskini akaun lama. Seramai 5 orang peniaga terawal membuka akaun berpeluang menerima Kanopi berukuran 10’ X 10’ secara percuma.
 
Inisiatif ini bertujuan untuk mengurangkan kebergantungan kepada wang tunai, malah memberi pelbagai manafaat kepada penguna dan peniaga dalam 3 aspek iaitu mudah, cepat dan selamat.
 
Projek rintis 1st Cashless ini bertepatan dengan matlamat untuk mempertingkatkan tahap literasi pembayaran digital dibawah rangka tindakan (Blueprint) Ekonomi Digital Malaysia.
 
Majlis Perbandaran Temerloh akan terus menyokong agenda digitalisasi Kerajaan Negeri Pahang dengan meneruskan konsep kerajaan iaitu perniagaan transaksi tanpa tunai (Cashless).
 
 
Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM DAN PEMBANGUNAN BELIA