MENU
PEMASANGAN BENDERA SEMPENA HARI KEPUTERAAN SULTAN PAHANG DAN BULAN KEMERDEKAAN MALAYSIA TAHUN 2023
 
25 Julai 2023 (Selasa) - Jabatan Perkhidmatan Perbandaran Dan Pembangunan Komuniti, Majlis Perbandaran Temerloh telah menjalankan aktiviti pemasangan bendera Malaysia dan bendera Negeri Pahang sempena Hari Keputeraan Sultan Pahang dan Bulan Kemerdekaan Malaysia Tahun 2023.
 
Agensi kerajaan dan swasta, pemilik kediaman, premis perniagaan dan industri dan sebagainya dimohon untuk bersama-sama mengibarkan bendera Jalur Gemilang sempena Sambutan Hari Kebangsaan Ke-66 dan bendera Negeri Pahang sempena Hari Keputeraan Sultan Pahang.
 
 
Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM DAN PEMBANGUNAN BELIA