MENU
MAJLIS PERASMIAN ARENA DART, MAJLIS PERBANDARAN TEMERLOH
 
25 April 2024 (Khamis) – Semalam telah diadakan Majlis Perasmian Arena Dart, MPT bertempat di Arena Dart, MPT Dewan Tun Razak, Temerloh.
 
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Tuan Haji Suris bin Mihat, Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Temerloh dengan menandatangani Plak dan memotong riben. Turut hadir Setiausaha MPT, Pengarah-Pengarah Jabatan/Bahagian MPT dan pemain-pemain Dart, MPT.
 
Arena Dart, MPT ini disediakan adalah bertujuan untuk meningkatkan kemahiran bermain dart bagi pemain-pemain dart MPT di samping mencungkil bakat-bakat baharu dalam sukan dart.
 
 
Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM DAN PEMBANGUNAN BELIA