MENU
MAJLIS PENYERAHAN APRON KEPADA PENIAGA BAZAR RAMADAN BUKIT DESA SEMANTAN, TEMERLOH
 
26 Mac 2024 (Selasa) – Semalam telah diadakan Majlis Penyerahan Apron kepada Peniaga Bazar Ramadan Bukit Desa Semantan, Temerloh bertempat di tapak Pasar Ramadan Bukit Desa Semantan. Apron tersebut adalah tajaan RHB Bank dengan kerjasama Majlis Perbandaran Temerloh.
 
Majlis ini telah disempurnakan oleh Tuan Haji Suris bin Mihat, Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Temerloh. Turut hadir Setiausaha MPT, Ahli-Ahli Majlis MPT, Pengarah-Pengarah Jabatan/Bahagian MPT dan Pegawai-pegawai dari RHB Bank yang diketuai oleh Tuan Haji Yusof Ng bin Abdullah,Regional Director, East Coast.
 
Tuan Haji Suris bin Mihat, Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Temerloh turut mengambil peluang menyantuni para peniaga dan pengunjung di Bazar Ramadan Bukit Desa Semantan.
 
Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada RHB Bank yang telah sudi menaja Apron untuk peniaga-peniaga di Bazar Ramadan. Semoga kerjasama ini akan berterusan pada masa akan datang.
 
 
Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM DAN PEMBANGUNAN BELIA