MENU
MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL ANUGERAH STANDARD PELANCONGAN ASEAN 2023-2025
 
13 Jun 2023 (Selasa) – Semalam bertempat di Sama-Sama Hotel, KL International Airport telah diadakan Majlis Penyampaian Sijil Anugerah Standard Pelancongan Asean 2023-2025 yang telah disempurnakan oleh YB. Tuan Khairul Firdaus Akbar Khan, Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia.
 
Standard Pelancongan ASEAN merupakan suatu standard minimum bagi meningkatkan mutu perkhidmatan dalam industri pelancongan serantau, selaras dengan Pelan Pelancongan Strategik ASEAN 2016-2025 untuk menjadikan ASEAN sebagai sebuah destinasi yang unggul di peringkat antarabangsa. Ia perlu dijadikan piawaian serta panduan kepada semua negara anggota ASEAN dalam menyediakan penyampaian perkhidmatan yang berkualiti. Seramai 30 penerima telah menerima Sijil Anugerah Standard Pelancongan ASEAN bagi tempoh 2023-2025 bagi empat (4) kategori standard iaitu:
 
(i) ASEAN Homestay Standard
(ii) ASEAN Community Based Tourism Standard
(iii) ASEAN Public Toilet Standard
(iv) ASEAN Spa Services Standard
 
Pada majlis tersebut, Tuan Haji Muhamad Bin Mohd Nor, Setiausaha, Majlis Perbandaran Temerloh telah menerima Sijil Anugerah Asean Public Toilet Standard bagi Tandas Awam Terminal Bas Lurah Semantan, Temerloh.
 
Tahniah diucapkan kepada semua wargakerja Majlis Perbandaran Temerloh dan warga penduduk Daerah Temerloh.
 
 
Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM DAN PEMBANGUNAN BELIA