MENU
MAJLIS CABUTAN BERTUAH CUKAI TAKSIRAN MAJLIS PERBANDARAN TEMERLOH 2024
 
21 Mac 2024 (Khamis) - Majlis Perbandaran Temerloh telah mengadakan Majlis Cabutan Bertuah Cukai Taksiran Tahun 2024 secara langsung melalui 'Facebook' Majlis Perbandaran Temerloh di Dewan Tun Razak, Temerloh semalam.
Tuan Haji Suris bin Mihat, Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Temerloh, hadir menyempurnakan 10 cabutan utama sesi Cabutan Bertuah Cukai Taksiran Tahun 2024. Ia turut dihadiri oleh Setiausaha MPT, Ahli-Ahli Majlis MPT, Pengarah-Pengarah Jabatan/Bahagian MPT, Wakil Ketua Polis Daerah Temerloh, Penghulu-penghulu daerah Temerloh dan Pengerusi-pengerusi KRT sekitar daerah Temerloh.
 
Pada tahun ini, pihak Majlis Perbandaran Temerloh telah menawarkan 100 hadiah-hadiah yang menarik iaitu 5 buah motorsikal dan 95 barangan elektrik dengan kos keseluruhan RM70,000 untuk dimenangi oleh warga Temerloh dengan syarat penyertaan hendaklah membayar Cukai Taksiran selama setahun tanpa tunggakan bermula 1 Januari 2024 hingga 29 Februari 2024.
Semoga program ini akan dapat memberi penghargaan kepada warga Majlis Perbandaran Temerloh yang telah menjalankan tanggungjawab serta berharap sokongan padu yang berterusan dari penduduk daerah Temerloh kepada Majlis Perbandaran Temerloh akan membantu merealisasikan hasrat untuk menjadikan Temerloh sebuah Bandaraya.
 
 
Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM DAN PEMBANGUNAN BELIA