MENU
LAWATAN TAPAK CADANGAN PROJEK “PEMBINAAN TERMINAL BAS TEMERLOH SENTRAL,TEMERLOH, MAJLIS PERBANDARAN TEMERLOH”
 
10 Mei 2024 (Jumaat) – Pagi tadi telah diadakan lawatan tapak bagi cadangan projek BP.1 Skala Besar di bawah Rancangan Malaysia Ke Dua Belas (RMK-12) Tahun 2025 Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) iaitu projek Pembinaan Terminal Bas Temerloh Sentral bagi mendapatkan gambaran yang lebih jelas berkenaan cadangan projek tersebut.
 
Lawatan dari Jabatan Kerajaan Tempatan diketuai oleh Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan dan Pembangunan), Pengarah dan Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan,JKT manakala Majlis Perbandaran Temerloh telah dihadiri oleh Pengarah Jabatan Kejuruteraan, Penolong Jurutera, Ketua Bahagian Perhubungan Awam dan Pembangunan Belia dan wakil dari Jabatan Perancang Bandar,MPT.
 
 
Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM DAN PEMBANGUNAN BELIA