MENU
LAWATAN KERJA JABATAN PERUNDANGAN DAN PENGUATKUASAAN KE MAJLIS BANDARAYA JOHOR BAHARU (MBJB)
 
20 Julai 2022 (Rabu) – Pada 18 & 19/07/2022, Jabatan Perundangan Dan Penguatkuasaan telah mengadakan lawatan kerja ke Majlis Bandaraya Johor Baharu (MBJB).
 
Semasa lawatan tersebut, wargakerja yang hadir telah didedahkan dengan pelbagai pengkongsian, antaranya ialah :
- operasi bilik CCTV,
- depoh sitaan barang penjaja & tred perniagaan,
- depoh sitaan motorsikal & motorsikal buruk,
- depoh sitaan kereta & kereta buruk,
- sertai operasi serbuan ke premis/tred perniagaan tanpa lesen & permit, dan
- sertai operasi meroboh gerai-gerai terbiar & gerai milik bukan warganegara.
Semoga lawatan kerja ini dapat mengeratkan lagi hubungan dan kerjasama diantara kedua-dua PBT disamping dapat mencari pengalaman serta pendedahan bagi menangani aduan yang diterima dari orang awam.
 
 
Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
JABATAN KORPORAT DAN PERHUBUNGAN AWAM