MENU
EKSPIDISI CERUCUH SURIA KAYAK BERTENAGA SOLAR JERANTUT – TEMERLOH BERSEMPENA SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN KE 66 DAN HARI MALAYSIA KE 60 TAHUN 2023
 
28 Ogos 2023 (Isnin) Pada 26 Ogos 2023, Institut Pemikiran & Kepimpinan Melayu (IMPAK) Bahagian Hal Ehwal Pelajar Universiti Teknologi MARA Shah Alam dan UiTM Cawangan Pahang telah berjaya menganjurkan Ekspidisi Cerucuh Suria Kayak Bertenaga Solar Jerantut – Temerloh Bersempena Sambutan Hari Kemerdekaan Ke 66 Dan Hari Malaysia Ke 60 Tahun 2023 pada 26 Ogos 2023.
 
Ekspedisi ini juga dijalankan dengan kerjasama Majlis Pembandaran Temerloh Pahang, Majlis Daerah Jerantut, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh, Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Temerloh dan Pejabat Pertahanan Awam Daerah Temerloh .
Ekspedisi kemerdekaan ini menggunakan teknologi inovasi terbaru iaitu sebuah kayak bertenaga solar yang telah berjaya menghilir Sungai Pahang berlepas dari Jeti Jerantut Feri dan berakhir di Taman Esplanade Temerloh yang telah dikemudikan oleh Encik Muhammad Khalid Abdullah dan Encik Shahril Eashak Ismail. Kayak ini telah dibina oleh pasukan IMPAK.
Majlis perasmian ekspidisi ini telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Profesor Dr Haji Mohd Sazili Bin Shahibi , Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar UiTM. Majlis ini juga diserikan dengan kehadiran Tuan Haji Suris Bin Mihat, Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Temerloh, Dr. Mohd. Kamal Azman Bin Jusoh, Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar UiTM Cawangan Pahang, Profesor Madya Dr. Hajah Nazirah Binti Ramli, Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik UiTM Cawangan Pahang (Menjalankan Tugas-Tugas Rektor), Prof. Madya Dr. Hajah Norhayati Binti Hussin, Menjalankan Tugas Pengarah IMPAK, Profesor Dr. Haji Wan Mohd Nazri Bin Wan Abdul Rahman, Timbalan Rektor Penyelidikan Dan Jaringan Industri UiTM Cawangan Pahang, Sr. Dr. Ismail Bin Ma’arof, Ketua Unit Pengembangan Ilmu, IMPAK dan para wakil dari Majlis Daerah Jerantut, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh, Balai Bomba Dan Penyelamat Daerah Temerloh dan Pejabat Pertahanan Awam Daerah Temerloh
 
 
BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM DAN PEMBANGUNAN BELIA