MENU
LAWATAN KERJA KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN (KPKT) KE DAERAH TEMERLOH, PAHANG SEMPENA KERJA-KERJA PEMBERSIHAN PASCA BANJIR
 
04 Januari 2022 (Selasa) - Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) telah menganjurkan Lawatan Kerja Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) ke Daerah Temerloh, Pahang dengan kerjasama agensi-agensi di bawah KPKT seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), PR1MA Malaysia, PLANMalaysia dan lain-lain. Program ini turut disertai oleh badan-badan bukan Kerajaan (NGO).
 
Lawatan kerja ini memfokuskan aktiviti pembersihan dan pencucian kepada hampir 300 buah rumah di Taman Mentakab Indah, Mentakab yang terjejas akibat bencana banjir baru-baru ini.
 
Program ini turut dihadiri oleh YB. Dato' Sri Haji Mohd. Sharkar bin Haji Shamsudin, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi Negeri Pahang merangkap ADUN Kawasan Lanchang.
 
Kemaskini Terakhir: Ahad, 15 Mei 2022 - 5:02pm