MENU
Objektif Jabatan Kawalan Perniagaan dan Pelesenan

"Memastikan semua aktiviti perniagaan di dalam kawasan Majlis Perbandaran Temerloh mempunyai Lesen dan Permit yang sah"

 

Polisi Objektif Kualiti Jabatan Kawalan Perniagaan dan Pelesenan

"Kami komited untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik dan menepati masa disamping mengamalkan perkhidmatan yang Mesra Pelanggan."

Di dalam memenuhi Polisi Kualiti ini, kami mengamalkan Pengurusan Kualiti Menyeluruh dengan objektif-objektif berikut:

  • Memberikan mutu perkhidmatan yang benar-benar menepati citarasa pelanggan.
  • Mengamalkan budaya kerja berpasukan yang dapat membaiki prestasi unit untuk memberikan kepuasan kepada pelanggan.
  • Mengamalkan Sistem Pengurusan Kualiti mengikut MS ISO 9002:1994 (Kawalan Perniagaan) dalam mempamerkan mutu perkhidmatan yang baik.
  • Memberikan pendedahan yang secukupnya kepada pasukan kerja supaya dapat memberikan perkhidmatan yang cemerlang kepada pelanggan.

 

Piagam Pelanggan Jabatan Kawalan Perniagaan dan Pelesenan

  • Memastikan permohonan lesen diberi kelulusan dalam tempoh berikut:
    • Lesen baru untuk premis perniagaan dan iklan/Penjaja/Pekan Sehari/Pasar Malam dalam tempoh 30 hari.
    • Pembaharuan lesen - 1 hari.
    • Rayuan Permohonan Lesen - 30 hari.
    • Pembatalan lesen - 14 hari.
  • Memastikan pengeluaran Lesen Hiburan yang lengkap diberi kelulusan dalam tempoh 60 hari.
  • Memastikan pengeluaran Permit Sementara diberi kelulusan dalam tempoh berikut:
    • Permit Musim Perayaan/Ekspo/Karnival Perniagaan - 30 hari.
    • Permit Pasar Ramadhan - 30 hari.
    • Permit Peniaga Pekan Sehari/Pasar Malam/Pasar Tani - 1 hari
    • Permit Kaki lima - 1 hari
    • Permit Kawasan Lapang - 1 hari
    • Permit Buah-buahan Bermusim - 1 hari
    • Permit Promosi Jualan - 1 hari.
  • Memastikan semua aduan pelanggan diambil tindakan dalam masa tidak melebihi 3 hari.
  • Semua pertanyaan telefon berhubung pelesenan akan dijawab serta-merta.

 

Bidang Tugas Jabatan Kawalan Perniagaan dan Pelesenan

  • Memproses semua jenis lesen mengikut Undang-Undang Kecil Majlis.
  • Sebagai Urusetia Jawatankuasa Pelesenan Majlis Perbandaran Temerloh.
  • Penyediaan Anggaran Belanjawan Unit Perlesenan.
  • Menjalankan usaha-usaha untuk membangunkan gologan peniaga kecil melalui khidmat nasihat,kursus,seminar dan lain-lain dengan membuka lebih banyak peluang perniagaan.
  • Menjalankan usaha-usaha penyusunan semula tapak jaja bagi disesuaikan dengan keadaan semasa.
  • Mengkaji kadar lesen sediaada dan mengemukakan cadangan untuk semakan Jawatankuasa.
  • Melaksanakan semua dasar Pelesenan seperti yang telah ditetapkan oleh Mesyuarat Majlis Penuh.
  • Memastikan semua aduan pelanggan diambil tindakan.