MENU

Polisi Objektif Kualiti Jabatan Perkhidmatan Perbandaran dan Pembangunan Komuniti

"Kami komited untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti, berkesan, betul bermula dari peringkat pertama yang dapat memenuhi standard profesionalisme serta dapat memenuhi kepuasan hati pelanggan kami." Di dalam memenuhi Polisi Kualiti ini, kami mengamalkan Pengurusan Kualiti Menyeluruh dengan objektif-objektif.
  • Memastikan sisa pepejal dipungut dan dilupuskan dalam tempoh berikut:
    • Premis Kediaman - Pungutan 3 kali seminggu
    • Premis Perniagaan - Pungutan setiap hari
    • Flat, Rumah Pangsa dan Pangsapuri - Pungutan setiap hari
    • Institusi Kerajaan/Sekolah - Pungutan setiap hari
  • Memastikan pemotongan rumput dilakukan 2 minggu sekali.
  • Memastikan pembersihan longkang dilaksanakan seperti berikut:
    • Di dalam kawasan bandar dan premis perniagaan dilaksanakan setiap hari.
    • Premis kediaman seminggu sekali.
  • Memastikan kawasan Pasar Malam, Pekan Sehari dilaksanakan pembersihan pada hari yang sama selepas aktiviti perniagaan selesai.
  • Memastikan semua aduan pelanggan diambil tindakan dalam masa tidak melebihi 2 hari.
Piagam Pelanggan Jabatan Perkhidmatan Perbandaran dan Pembangunan Komuniti
  • Menjalankan tindakan fogging dalam tempoh 24 jam selepas menerima notifikasi dari pejabat Kesihatan Daerah sekiranya keadaan sesuai dan tindakan fogging ulangan dalam tempoh 7 hari selepas pelaksanaan fogging pertama sekiranya tiada berlaku kes baru.
  • Mengambil tindakan siasatan pengaduan awam berkaitan aspek kawalan vektor selewat-lewatnya dalam tempoh 2 hari selepas pengaduan diterima dan menghantar maklumbalas dalam tempoh selewat-lewatnya 7 hari selepas tindakan siasatan.
  • Memastikan kutipan sampah dibuat mengikut spesifikasi kontrak:
    • Kutipan sampah dari premis kediaman / Taman Perumahan dibuat dengan kekerapan 3 kali seminggu.
    • Kutipan sampah dari premis perniagaan dibuat setiap hari.
    • Pembersihan tapak penjaja Pasar Malam dan Pekan Sehari dibuat selepas selesai aktiviti perniagaan pada hari yang sama.
    • Melaksanakan pembersihan perparitan setiap hari di kawasan perniagaan dan sekali seminggu bagi kawasan perumahan.
  • Mengambil tindakan siasatan pengaduan awam berkaitan aspek kebersihan alam sekitar selewat-lewatnya dalam tempoh 2 hari selepas pengaduan diterima dan menghantar maklumbalas dalam tempoh selewat-lewatnya 7 hari selepas tindakan siasatan.