MENU
MAJLIS ANGKAT SUMPAH AHLI-AHLI MAJLIS, MAJLIS PERBANDARAN TEMERLOH 2024
 
30 April 2024 (Selasa) - Seramai 12 Ahli Majlis telah mengangkat sumpah menerima jawatan sebagai Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) yang telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, MPT pagi tadi. Pada majlis tersebut seramai tujuh orang wakil daripada UMNO, masing-masing seorang dari MIC, AMANAH, DAP, PKR dan seorang wakil Ikhtisas telah mengangkat sumpah manakala dua orang lagi tidak dapat hadir.
 
Pelantikan Ahli Majlis ini selaras dengan Seksyen 10(1) dan Seksyen 10(3), Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) yang memperuntukan kuasa kepada Pihak Berkuasa Negeri (PBN) untuk melantik ahli-ahli majlis bagi tempoh tidak melebihi tiga (3) tahun.
 
Majlis angkat sumpah ini telah disaksikan oleh Tuan Haji Suris bin Mihat, Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Temerloh, Setiausaha MPT dan Pengarah-Pengarah Jabatan/Bahagian MPT. Tempoh perlantikan Ahli Majlis MPT ini adalah selama dua tahun bermula 01 April 2024 hingga 31 Mac 2026.
 
Setinggi-tinggi tahniah kepada semua Ahli-ahli Majlis MPT diatas pelantikan ini. Semoga Ahli-Ahli Majlis yang dilantik akan sentiasa dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada komuniti setempat demi kesejahteraan rakyat di kawasan Majlis Perbandaran Temerloh dan memacu MPT ke persada yang lebih tinggi.
 
 
Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM DAN PEMBANGUNAN BELIA