MENU
MAJLIS PERJUMPAAN YAB. MENTERI BESAR PAHANG BERSAMA PENJAWAT AWAM NEGERI PAHANG SECARA HIBRID
 
10 Januari 2024 (Rabu) – Semalam telah diadakan Majlis Perjumpaan YAB. Menteri Besar Pahang Bersama Penjawat Awam Negeri Pahang Secara Hibrid bertempat di Dewan Tun Razak, Temerloh yang dihadiri oleh semua Penjawat Awam di daerah Temerloh.
 
Di dalam ucapannya YAB. Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail mengingatkan semua penjawat awam di negeri Pahang supaya membudayakan nilai berfikir yang kreatif dan tidak berada pada tahap selesa semata-mata bagi memastikan Kerajaan Negeri Pahang menjadi sebuah kerajaan yang cekap dan berdaya saing.
 
Beliau berkata, penjawat awam di negeri ini juga perlulah mempunyai daya ketahanan yang tinggi, fleksibel, tangkas serta berinovasi demi kesejahteraan rakyat.
 
 
Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM DAN PEMBANGUNAN BELIA