MENU
MAJLIS PERASMIAN PENUTUP KARNIVAL PERMOTORAN 2 RODA 2023 TEMERLOH
 
26 Disember 2023 (Selasa) – Pada 24 Disember 2023, telah diadakan Majlis Perasmian Penutup Karnival Permotoran 2 Roda 2023 Temerloh yang telah diadakan di Dataran Temerloh,Temerloh. Karnival Pemotoran ini telah berlangsung selama 2 hari yang bermula 23 Disember 2023 telah dihadiri lebih 15,000 peserta dengan pelbagai jenis jentera motosikal dari pelusuk negara memeriahkan Karnival Permotoran Dua Roda Temerloh 2023.
 
Karnival yang julung kalinya diadakan itu terbuka kepada semua jenis model motosikal adalah anjuran bersama Majlis Tindakan Sosial Pahang (MTSP) Parlimen Temerloh dan Lambat Tinggal Group serta Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) yang dirancang bagi mengumpul peminat dunia pemotoran dan mendidik mereka mengenai peraturan jalan raya.
 
Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Bin Wan Ismail, Menteri Besar Pahang. Didalam ucapannya, YAB Menteri Besar Pahang telah melahirkan sokongan agar Temerloh dijadikan sebagai hab permotoran memandangkan daerah Temerloh merupakan titik tengah Semenanjung Malaysia selain karnival permotoran ini diadakan juga di daerah-daerah yang lain. Beliau juga bersetuju untuk mempertimbangkan cadangan untuk pembinaan litar khusus untuk aktiviti permotoran, termasuk mewujudkan kompleks sukan permotoran di daerah Temerloh.
 
 
Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM DAN PEMBANGUNAN BELIA