MENU
LAWATAN KERJA MAJLIS DAERAH BERA KE MAJLIS PERBANDARAN TEMERLOH
 
25 Oktober 2023 (Rabu) – Pagi tadi pegawai dan kakitangan Bahagian Landskap, Jabatan Perancang Bandar Dan Landskap,Majlis Daerah Bera (MDB) telah mengadakan lawatan kerja ke Jabatan Landskap,Majlis Perbandaran Temerloh. Tujuan lawatan adalah untuk berkongsi ilmu berkaitan tatacara/kaedah penyelenggaraan pokok-pokok besar di kawasan operasi Majlis Perbandaran Temerloh. Sesi taklimat telah diadakan di Bilik Mesyuarat Jabatan Landskap, MPT yang dipengerusikan oleh LAr. Mohd Yusri Bin Othman, Pengarah Jabatan Landskap, MPT.
 
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak MDB atas lawatan pada hari ini. Semoga apa yang telah dikongsikan dapat memberi manfaat kepada kedua-dua pihak untuk sama-sama mewujudkan daerah yang sentiasa berdaya maju, mampan dan ceria.
 
 
Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM DAN PEMBANGUNAN BELIA