MENU
PERTANDINGAN MEREKACIPTA POSTER & POSTER DIGITAL ANJURAN BAHAGIAN AUDIT DALAM DAN INTEGRITI, MAJLIS PERBANDARAN TEMERLOH
 
25 Oktober 2023 (Rabu) – Pada 23 Oktober 2023, telah diadakan Penjurian Pertandingan Merekacipta Poster & Poster Digital Peringkat Majlis Perbandaran Temerloh bertempat di Dewan Tun Razak, Temerloh sempena Pertandingan Merekacipta Poster & Poster Digital anjuran Bahagian Audit Dalam & Integriti, Majlis Perbandaran Temerloh.
 
Tujuan Pertandingan Merekacipta Poster & Poster Digital ini diadakan bagi membudayakan integriti dan menanam perasaan benci kepada jenayah rasuah dalam kalangan penjawat awam serta mempamerkan nilai integriti dan pencegahan rasuah melalui aktiviti masyarakat.Pertandingan ini dibahagikan kepada 2 kategori iaitu Poster (berwarna) dan Poster Digital (montaj). Sebanyak 55 poster dan 45 poster digital telah diterima oleh Bahagian Audit Dalam Dan Integriti selaku ketua urusetia pertandingan.
 
Penjurian dijalankan oleh panel juri jemputan yang diketuai oleh Encik Muhamad Taufik Bin Ramthan, Pengurus Centre of Excellence Creative Content, Pahang Skills Development Centre (PSDC), Tuan Mohamad Bin Hussain,Ketua Penolong Kanan Penguasa, Unit Pendidikan Masyarakat, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Negeri Pahang dan Encik Hussein Bin Mohd Ariff, Presiden, Malaysia Association of Creativity and Innovation (MACRI).
 
Kategori Poster (berwarna) tempat pertama dimenangi oleh Jabatan Perundangan & Penguatkuasaan,kedua dimenangi oleh Jabatan Perkhidmatan Perbandaran & Pembangunan Komuniti dan ketiga dimenangi oleh Jabatan Kejuruteraan.
Bagi ketogori Poster Digital (montaj) pula tempat pertama dimenangi oleh Jabatan Perundangan & Penguatkuasaan, tempat kedua & ketiga dimenangi oleh Jabatan Perkhidmatan Perbandaran & Pembangunan Komuniti. Hadiah pertandingan merupakan wang tunai dan sijil penyertaan bagi setiap kategori.
 
Majlis Perbandaran Temerloh mengucapkan tahniah kepada semua pemenang.
 
 
Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM DAN PEMBANGUNAN BELIA