MENU
PERTANDINGAN AKHIR LIGA KLASIK DUN KERDAU PIALA YAM TENGKU MUDA PAHANG
 
17 Oktober 2023 (Selasa) – Pada 14 Oktober 2023 telah diadakan perlawanan akhir Liga Klasik Dun Kerdau merebut Piala YAM Tengku Muda Pahang diantara pasukan Kerdau Wanderes bertemu Kokra Gaurus bertempat di Stadium, Majlis Perbandaran Temerloh. Kerdau Wanderes berjaya menjulang Piala Kejuaraan YAM Tengku Muda Pahang dengan mengalahkan Kokra Gaurus dengan keputusan 2 berbalas 1. Piala dan hadiah-hadiah pemenang disampaikan sendiri oleh YAM Tengku Muda Tengku Abdul Rahman Al Haj Ibni Al Marhum Sultan Ahmad Shah Al Mustain Billah.
 
Juara membawa pulang Piala Pusingan, Wang Tunai RM5000, Medal bagi setiap pemain dan Mock Cheque. Tempat kedua pula membawa pulang Wang Tunai RM3000, Mock Cheque dan Medal kepada setiap pemain. Tempat ketiga pula membawa pulang Wang Tunai RM1000 beserta Mock Cheque dan Medal bagi setiap pemain.
 
 
Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM DAN PEMBANGUNAN BELIA