MENU
MESYUARAT AGUNG TRI TAHUNAN ANULAE MAJLIS PERBANDARAN TEMERLOH KALI KE-4 BAGI SESI 2023-2026
 
08 September 2023 (Jumaat) – Pagi tadi telah diadakan Mesyuarat Agung Tri Tahunan Anulae Majlis Perbandaran Temerloh Kali Ke-4 Bagi Sesi 2023-2026 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama,MPT yang telah dihadiri oleh 200 orang ahli yang diketuai oleh En. Mohd Khairi bin Mohd Yusof, Pengerusi ANULAE, Majlis Perbandaran Temerloh bersama 20 orang Ahli Jawatankuasa.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Tuan Haji Suris bin Mihat, Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Temerloh. Turut hadir Tuan Norman bin Hj. Taib, Setiausaha Agung ANULAE Semenanjung Malaysia dan Puan Norzarinawati binti Hj. Kamis, Pen. Setiausaha Anulae Semenanjung Malaysia. Pada majlis ini juga turut diadakan sesi taklimat dari CUEPACSCARE dan PERKESO Temerloh.
 
 
Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM DAN PEMBANGUNAN BELIA