MENU
KONTINJEN MPT JOHAN PERBARISAN DAN PERARAKAN SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN 2023 PERINGKAT DAERAH TEMERLOH
 
01 September 2023 (Khamis) – Tahniah kepada kontinjen Majlis Perbandaran Temerloh kerana memenangi pertandingan perbarisan dan perarakan sempena Sambutan Hari Kebangsaan Ke-66 Peringkat Daerah Temerloh 2023 yang berlangsung di Dataran Temerloh.
 
Bertemakan "Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan", sambutan yang bermula secara rasmi pukul 8 pagi itu dihadiri daripada pelbagai kaum dan lapisan umur yang mula berkumpul seawal 7 pagi lagi bagi bersama-sama meraikan sambutan Hari kebangsaan ke-66 Tahun 2023.
 
Teks ucapan YAB Menteri Besar Pahang telah dibacakan oleh Pemangku Pegawai Daerah Temerloh sebagai wakil rasmi. Pelbagai persembahan telah disajikan kepada para pengunjung.
 
 
"MALAYSIA MADANI : TEKAD PERPADUAN PENUHI HARAPAN"
Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM DAN PEMBANGUNAN BELIA