MENU
SAMBUTAN MALAM AMBANG MERDEKA 2023
 
01 September 2023 (Jumaat) - Pada 30 Ogos 2023 telah diadakan Sambutan Malam Ambang Merdeka 2023 bertempat di Esplanade Temerloh. Sambutan ini mendapat sambutan yang amat meriah dengan kehadiran ribuan pengunjung untuk menyaksikan pertunjukan bunga api.
 
Sambutan Ambang Merdeka ini dimulai dengan perarakan bendera dan laungan merdeka bermula dari Pejabat Majlis Perbandaran Temerloh hingga ke Esplanade Temerloh oleh kakitangan Majlis Perbandaran Temerloh yang diketuai oleh Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Temerloh, Ahli-ahli Majlis, Pengarah-pengarah jabatan dan kakitangan MPT.
 
Acara dimeriahkan dengan persembahan oleh Busking Temerloh dan Mas Sabray seorang penyanyi lagu-lagu rakyat Pahang. Waktu kemuncak yang ditunggu-tunggu tepat jam 12 malam, Esplanade Temerloh gempita dengan sorakan Merdeka dan disusuli dengan nyanyian lagu Tanggal 31 Ogos serta percikan bunga api.
 
Semangat perpaduan dan cintakan negara seperti inilah yang ingin diterapkan oleh MPT kepada warga Temeroh agar kita dapat bersama-sama hidup dalam suasana yang sejahtera dan hormoni.
 
 
Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM DAN PEMBANGUNAN BELIA