MENU
PROGRAM GERAK RAMAH 2023, JOM BERSIH DAN INDAH PERINGKAT DAERAH TEMERLOH
 
24 Jun 2023 (Sabtu) – Pagi tadi Majlis Perbandaran Temerloh telah turut sama di dalam Program Gerak Ramah 2023, Jom Bersih dan Indah peringkat Daerah Temerloh yang diadakan serentak seluruh Malaysia bersama Komuniti di Taman Tualang Indah.
 
Program anjuran Pejabat Perpaduan Negara dan Intergrasi Nasional ini telah dirasmikan oleh YH. Dato’ Ridzuan Hazimin Bin Ramli, Penyelaras Dewan Negeri (DN) Kuala Semantan merangkap Ketua UMNO Bahagian Temerloh. Program ini tetumpu kepada gotong-royong membersihkan kawasan keseluruhan taman perumahan. Program yang sama juga telah diadakan di Taman Sri Layang Indah, Mentakab .
 
Objektif program ini diadakan sebagai tanda sokongan kepada usaha memperkasa agenda perpaduan Negara dan integrasi nasional bagi menjamin kehormanian dan perpaduan rakyat.
 
 
Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM DAN PEMBANGUNAN BELIA