MENU
MPT MEMENANGI HADIAH UTAMA INNO RACE 2023 ANJURAN MPC WILAYAH TIMUR
 
24 Jun 2023 (Sabtu) – Tahniah diucapkan kepada Team “Temerloh Fighter” dari Majlis Perbandaran Temerloh yang telah memenangi hadiah utama di dalam acara Inno Race 2023 anjuran MPC Wilayah Timur yang telah diadakan di Dataran Serambi Teruntum, Kuantan pada pagi tadi.
 
Majlis Perbandaran Temerloh telah menghantar 5 team bagi menyertai acara Inno Race 2023 sempena Karnival Hari Usahawan Negeri Pahang, Minggu Perusahaan Mikro Kecil dan Sederhana (PMKS) dan Minggu Usahawan Negara (MUN) 2023 yang telah diadakan 23-25 Jun 2023 di Bazar Serambi Turuntum, Kuantan.
Innorace merupakan program kerjasama strategik MPC, SUK Pahang dan SME Corp yang bertujuan mempromosikan penjenamaan minda produktif dengan menerapkan elemen kreatif dan inovatif dalam penyelesaian permasalahan dan cabaran yang disediakan. Selain itu, ia juga dapat memupuk semangat kerjasama dalam kumpulan dalam mencapai objektif bersama. Program ini dilihat dapat menyebarluaskan mesej produktiviti di kalangan rakyat Pahang secara santai dan efektif.
 
Tahniah Team MPT !!!
 
 
Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM DAN PEMBANGUNAN BELIA