MENU
LAWATAN KUNJUNG HORMAT I-KPKT KE MAJLIS PERBANDARAN TEMERLOH
 
22 Jun 2023 (Khamis) – Semalam Majlis Perbandaran Temerloh telah menerima kunjung hormat dari Institut Latihan Pembangunan Kerajaan Tempatan (I-KPKT) yang diketuai oleh En. Adel Al Hashir bin Kamalal Hashir, Pengarah IKPKT dan beberapa orang pegawai.
 
Objektif utama lawatan kunjung hormat adalah untuk membina hubungan kerjasama antara I-KPKT dan Majlis Perbandaran Temerloh disamping mendapatkan maklumat terperinci berhubung pengalaman kejayaan Majlis Perbandaran Temerloh yang telah menerima Sijil Anugerah Standard Pelancongan ASEAN bagi tempoh 2023-2025 di dalam kategori ASEAN Public Toilet Standard.
 
Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM DAN PEMBANGUNAN BELIA