MENU
LATIHAN PENGGUNAAN SISTEM MyMPT eREPORT
 
20 Jun 2023 (Isnin) – Latihan Penggunaan Sistem MyMPT eReport telah diadakan di Bilik Latihan Kemuning bagi pegawai dan anggota Penguatkuasa, Jabatan Perundangan dan Penguatkuasaan, Majlis Perbandaran Temerloh.
 
Sistem MyMPT eReport ini adalah sistem pengurusan rekod aktiviti penguatkuasaan secara digital dengan menggunakan teknologi GPS bagi lokasi aktiviti harian penguatkuasaan. Sistem MyMPT eReport ini terdiri daripada web aplikasi dan mobile apps yang dibangunkan dan direkacipta oleh kepakaran dalaman Jabatan Teknologi Maklumat, Majlis Perbandaran Temerloh dalam masa 1 bulan dan kos penjimatan pembangunan sistem aplikasi adalah sebanyak RM 60,000.00 . Syabas dan Tahniah warga MPT.
 
 
Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM DAN PEMBANGUNAN BELIA