MENU
OPERASI PEMERIKSAAN KEBERSIHAN PENGENDALI DAN PREMIS MAKANAN
 
12 April 2023 (Rabu) – Satu Operasi Pemeriksaan Kebersihan Pengendali dan Premis Makanan telah diadakan di sekitar tapak jaja Ekspo Aidilfitri di Dataran Temerloh.
 
Operasi tersebut melibatkan pelbagai agensi iaitu Majlis Perbandaran Temerloh, Pejabat Kesihatan Daerah Temerloh dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Cawangan Temerloh yang setiap agensi melihat kepada pelbagai aspek mengikut tugas masing-masing.
 
Di dalam operasi tersebut beberapa peniaga telah diambil tindakan kerana melakukan pelbagai kesalahan terutama tiada Kad Pengesahan Kesihatan.Tujuan pemeriksaan adalah untuk memantau dan memberi kesedaran kepada pengendali dalam menjaga kebersihan makanan amatlah penting.
 
 
Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
JABATAN KORPORAT DAN PERHUBUNGAN AWAM.