MENU
PROGRAM JELAJAH BAZAR RAMADAN RAHMAH LURAH SEMANTAN, TEMERLOH DAN OPSS PANTAU BERSEPADU
 
03 April 2023 (Isnin) – KPDN Negeri Pahang telah mengadakan Program Jelajah Bazar Ramadan Rahmah dan Ops Pantau Bersepadu KPDN Negeri Pahang dan Cawangan Temerloh bersama Majlis Perbandaran Temerloh pada 31 Mac 2023.
 
Program ini telah disempurnakan oleh YB Sim Chon Siang, Exco Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Kerajaan Negeri Pahang.Turut hadir Y.Bhg Encik Suris bin Mihat, Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Temerloh.
 
Di dalam program ini seramai 1000 pengunjung terawal Bazar Ramadan diberikan insentif E-Wallet RM20 untuk digunakan di Bazar Ramadan Lurah Semantan.
 
 
Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
JABATAN KORPORAT DAN PERHUBUNGAN AWAM.