MENU
PROGRAM ‘TRASH TO CASH’ PERINGKAT DALAMAN MAJLIS PERBANDARAN TEMERLOH
 
09 Mac 2023 - Pagi ini telah berlangsung Program ‘Trash to Cash’ Peringkat dalaman Majlis Perbandaran Temerloh dan sebanyak 276 kg sisa yang boleh dikitar semula telah berjaya dikumpulkan.
 
Pelaksanaan program ‘Trash to Cash’ di Pejabat selaras dengan Strategi 3.2 dalam Dasar Kebersihan Negara iaitu menjana pendapatan daripada sisa (waste to money)
selain mendidik masyarakat bahawa sampah atau barangan terpakai boleh dikitar semula dan ditukar menjadi wang tunai. Sampah yang dikitar semula mampu menjadi sumber pendapatan tambahan sekali gus meningkatkan aspek kebersihan.
 
 
Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
JABATAN KORPORAT DAN PERHUBUNGAN AWAM.