MENU
OPERASI BERSEPADU MENAMPAL NOTIS IKLAN TANPA LESEN DAN PERMIT STRUKTUR BILLBOARD DI SEPANJANG LEBUH RAYA PANTAI TIMUR (LPT)
 
22 Februari 2023 (Rabu) - Semalam telah diadakan Operasi Bersepadu di antara pihak Majlis Perbandaran Temerloh dan pihak pengurusan lebuhraya LPT 1 iaitu ANIH Berhad bagi aktiviti menampal notis pengiklanan tanpa kelulusan Majlis Perbandaran Temerloh. Operasi ini diketuai oleh pegawai daripada Bahagian Pelesenan dan di bantu oleh anggota penguatkuasa, Jabatan Kawalan Bangunan dan Jabatan Kejuruteraan Majlis Perbandaran Temerloh serta kakitangan ANIH Berhad.
 
Operasi ini dijalankan adalah bagi menguatkuasakan Undang-undang Kecil Pengiklanan MPT serta memantau struktur Billboard yang tidak mengikut spesifikasi binaan yang boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna lebuhraya.
 
 
Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
JABATAN KORPORAT DAN PERHUBUNGAN AWAM.