MENU
MAJLIS PENANAMAN POKOK PROGRAM PAHANG PRIDE KID 2022 (ANAK KEBANGGAAN PAHANG) PARLIMEN TEMERLOH
 
26 Julai 2022 (Selasa) - Pagi ini telah diadakan Majlis Penanaman Pokok Program Pahang Pride Kid 2022 (Anak Kebanggaan Pahang) Parlimen Temerloh bertempat di Dataran Tok Gajah, Temerloh.
Majlis ini telah dirasmikan oleh YB. Dato' Sri Haji Mohd. Sharkar bin Haji Shamsudin, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi Negeri Pahang merangkap ADUN Lanchang.
 
Turut hadir dalam program ini ialah YB Dato' Haji Nor Azmi bin Mat Ludin, Timbalan Pengerusi JK Kerajaan Tempatan & Perumahan merangkap ADUN Kuala Semantan, Dato' Ali Syahbana bin Sabaruddin, Pegawai Daerah Temerloh, Puan Jezlily binti Jamaluddin, Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Temerloh dan Ketua-ketua Jabatan Daerah Temerloh.
 
 
Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
JABATAN KORPORAT DAN PERHUBUNGAN AWAM.