MENU

 

  1. CARA MEMOHON DAN SYARAT-SYARAT
    1. Permohonan hendaklah menggunakan Borang MPT/1 yang boleh didapati secara percuma di:-

 

  1. Kaunter Pembantu Keselamatan Kompleks Pejabat Plaza Temerloh Jalan Ahmad Shah

28000 Temerloh Pahang atau

 

  1. Muat    Turun   Borang    dari    Laman    Web    Rasmi    Majlis Perbandaran Temerloh SILA KLIK 

 

  1. Semua permohonan hendaklah lengkap dengan maklumat seperti berikut:-

 

  1. Sekeping gambar terbaharu berukuran passport 2.5cm x 3.8cm (tidak dibenarkan gambar yang diimbas atau fotostat);
  2. SaIinan Kad Pengenalan (depan/ belakang);
  3. Salinan Sijil Kelahiran;
  4. Salinan Sijil-sijil persekolahan atau keputusan peperiksaan yang telah diperolehi;
  5. Salinan Sijil sijil Sukan dan Sijil-sijil lain yang berkenaan; dan
  6. Setiap salinan dokumen di atas hendaklah DIAKUI SAH oleh Ketua Kampung/ Penghulu atau Pegawai Kumpulan Pengurusan & Profesional.

 

  1. Permohonan daripada pegawai yang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Sadan Berkanun atau kuasa-kuasa tempatan hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Perintah Am Bab 'A 21'. Permohonan hendaklah dikemukakan bersama Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini atau Laporan Penilaian Prestasi Tahunan bagi tiga (3) tahun terkini (termasuk kakitangan kontrak).

 

  1. Permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah di hantar ke alamat seperti berikut:

 

YANG DIPERTUA

MAJLIS PERBANDARAN TEMERLOH 28000 TEMERLOH

PAHANG DARUL MAKMUR

(U/P: BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA)

 

 

Tarikh Tutup Permohonan : 15 OGOS 2025

 

  1. CATATAN AM
    1. Permohonan akan DITOLAK jika borang permohonan:-

 

  1. Tidak menggunakan borang MPT/1
  2. Tiada Salinan Sijil Kelahiran
  3. Tiada Salinan Kad Pengenalan pemohon
  4. Tiada Salinan kelulusan pelajaran/peperiksaan
  5. Borang permohonan pemohon yang tidak ditandatangani
  6. Borang Permohonan yang tidak lengkap diisi atau tidak jelas
  7. Tidak disertakan dengan dokumen yang diperlukan
  8. Tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan
  9. Salinan sijil tidak diakui sah
  10. Gambar passport tidak disertakan serta gambar difotostat atau diimbas
  11. Permohonan yang diterima selepas tarikh tutup iklan.

 

  1. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 (enam) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan tersebut tidak berjaya.

 

  1. Segala perbelanjaan bagi menghadiri temu duga adalah ditanggung oleh pemohon sendiri.

 

Deskripsi Jawatan - Sila Klik Untuk Muatturun.