MPT TERUSKAN KERJA PEMBERSIHAN POKOK TUMBANG SUSULAN KEJADIAN RIBUT
10 September 2026 (Khamis) – Susulan kejadian ribut yang melanda beberapa kawasan sekitar Temerloh dan Mentakab petang semalam, Jabatan Landskap Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) meneruskan kerja-kerja pembersihan pokok tumbang pada pagi ini.
Kerja-kerja pembersihan tertumpu di Taman Tualang Indah, Mentakab serta kawasan sekolah Cina di Taman Perindustrian Temerloh, melibatkan pemotongan dan pengalihan pokok, dahan serta ranting yang tumbang akibat ribut.
Tindakan susulan ini dilaksanakan bagi memastikan kawasan terjejas kembali bersih, selamat dan tidak mengganggu laluan serta aktiviti penduduk setempat dan warga sekolah.
MPT akan terus memantau kawasan yang terjejas dan mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan keselamatan serta kesejahteraan orang awam sentiasa terpelihara.
Orang ramai turut dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada ketika keadaan cuaca tidak menentu dan segera melaporkan sebarang pokok tumbang atau keadaan yang boleh mendatangkan risiko keselamatan kepada pihak berkuasa.





Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE!
Facebook: Majlis Perbandaran Temerloh
TikTok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
Laman Web: www.mpt.gov.my
JABATAN KORPORAT, KOMUNIKASI DAN PERHUBUNGAN AWAM
