MENU
MAJLIS PENYERAHAN PROJEK MEMBAIK PULIH & PENGUKUHAN CERUN DI KAWASAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT)
 
5 Februari 2026 (Khamis) – Majlis Penyerahan Projek Membaik Pulih dan Pengukuhan Cerun di Kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) telah berlangsung sebentar tadi bertempat di Bilik Media, Aras 1, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).
 
Majlis ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Mohd Fadzli bin Mohd Kenali, Ketua Pengarah, Jabatan Kerajaan Tempatan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).
 
Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) telah diwakili oleh Tuan Haji Mohamad bin Mohd Nor, Setiausaha MPT. Turut hadir ialah Encik Haris Fathilah bin Mohd Hajar, Pengarah Jabatan Kejuruteraan MPT, serta pegawai-pegawai Majlis Perbandaran Temerloh.
 
Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh YBhg. Dato’ Mohd Fadzli bin Mohd Kenali, diikuti dengan ucapan oleh Tuan Haji Mohamad bin Mphd Nor, Setiausaha Majlis Perbandaran Temerloh. Turut menyampaikan ucapan ialah YBrs. Ts. Haji Hasrolnizam bin Shaari, Timbalan Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Ampang Jaya yang menanggung tugas Yang Dipertua, YBrs. Puan Julaihah binti Jamaludin, Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Hulu Selangor serta YBrs. Tuan Mohd Noor bin Ismail, Yang Dipertua, Majlis Daerah Bandar Baharu.
 
Majlis diteruskan dengan tayangan montaj/video projek, diikuti sesi menandatangani dokumen penyerahan projek sebagai simbol penyerahan rasmi.
 
Bagi Majlis Perbandaran Temerloh, dua (2) projek telah terlibat dalam majlis penyerahan ini, iaitu projek membaik pulih cerun serta kerja-kerja berkaitan di:
 
i. Lorong Belakang Jalan Industri 6, Kawasan Perindustrian Temerloh, MP Temerloh; dan
ii. Taman KSM Height, Mentakab, MP Temerloh.
Pelaksanaan projek-projek ini bertujuan untuk meningkatkan tahap keselamatan dan kestabilan cerun di kawasan terlibat, di samping mengurangkan risiko kejadian tanah runtuh serta memastikan kesejahteraan penduduk dan pengguna kawasan setempat.
Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) atas peruntukan dalam Projek Membaik Pulih dan Pengukuhan Cerun di kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), khususnya di MPT. Peruntukan ini amat bermakna dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan komuniti setempat.
 
Sebagai pihak berkuasa tempatan, Majlis Perbandaran Temerloh sentiasa komited dalam memastikan pelaksanaan projek infrastruktur dilaksanakan secara terancang, berkesan dan menepati keperluan setempat. Usaha membaik pulih dan pengukuhan cerun ini merupakan langkah proaktif dalam memperkukuh aspek keselamatan awam serta mengurangkan risiko bencana, sejajar dengan peranan MPT dalam memastikan kesejahteraan komuniti dan pembangunan bandar yang mampan.
 
a
A
A
A
A
 
Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM DAN PEMBANGUNAN BELIA