NOTIS PEMBERITAHUAN PENTING – PEMBAHARUAN LESEN PREMIS PERNIAGAAN TAHUN 2026
Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) memaklumkan bahawa proses pembaharuan Lesen Premis Perniagaan bagi tahun 2026 kini dibuka secara rasmi bermula November 2025 sehingga 31 Disember 2025. Semua pemilik premis perniagaan di kawasan pentadbiran MPT adalah diwajibkan untuk melaksanakan pembaharuan dalam tempoh yang ditetapkan bagi memastikan pematuhan penuh terhadap peraturan sedia ada.
MPT menekankan bahawa sebarang kelewatan atau kegagalan memperbaharui lesen dalam tempoh tersebut akan menyebabkan denda lewat dikenakan selaras dengan ketetapan undang-undang kecil. Justeru, peniaga disarankan untuk mengambil tindakan segera bagi mengelakkan sebarang implikasi penalti serta memastikan kelangsungan operasi perniagaan tanpa gangguan.
Sebarang pertanyaan lanjut atau bantuan berkaitan urusan pelesenan boleh dibuat dengan menghubungi:
Jabatan Kawalan Perniagaan dan Pelesenan, MPT
09-2901540 / 1551 / 1552

Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
Laman Web: http://www.mpt.gov.my/
BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM DAN PEMBANGUNAN BELIA
