LAWATAN KERJA YANG DIPERTUA MPT KE TAPAK PROJEK STESEN ECRL TEMERLOH
17 November 2025 (Isnin) – Yang Dipertua Majlis Perbandaran Temerloh (MPT), Tuan Rizal bin Mustafa, telah mengadakan lawatan kerja ke tapak Projek Stesen East Coast Rail Link (ECRL) Temerloh tengah hari tadi bagi meninjau perkembangan semasa projek berkenaan.
Turut serta dalam lawatan ini ialah En. Harith Fathilah bin Mohd Hajar, Pengarah Jabatan Kejuruteraan MPT; En. Syarifudin bin Mohd Yusof, PMK Pengarah Jabatan Perancang Bandar MPT; serta En. Sahizam bin Mohamad Sah Budin, PMK Pengarah Jabatan Kawalan Bangunan MPT.
Lawatan ini turut disertai wakil Malaysia Rail Link Sdn. Bhd. iaitu En. Mohd Nor Nahar Bin Abd Hadi, Pengurus Projek Seksyen 6; En. Azmin Ariff Bin Abdul Azij, Jurutera Kanan Seksyen 6; En. Amirul Ariff Bin Shaharudin, Jurutera Projek Seksyen 6; serta En. Fickry Arief Bin Fadzilla, Eksekutif Infra Seksyen 6.
Sesi lawatan ini memberi peluang kepada pihak MPT untuk mendapatkan gambaran jelas mengenai kemajuan kerja, penyelarasan teknikal serta persediaan infrastruktur sokongan di sekitar kawasan pembinaan Stesen ECRL Temerloh.
MPT komited untuk memastikan pembangunan projek berimpak tinggi ini berjalan lancar demi manfaat jangka panjang kepada warga Temerloh dan daerah sekitarnya.





Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
Laman Web: http://www.mpt.gov.my/
BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM DAN PEMBANGUNAN BELIA
