MENU
SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN KE-68 PERINGKAT DAERAH TEMERLOH 2025
 
31 Ogos 2025 (Ahad) - Dataran Temerloh pada pagi ini menjadi saksi kepada kemeriahan Sambutan Hari Kebangsaan ke-68 Peringkat Daerah Temerloh, yang berlangsung penuh warna-warni serta disemarakkan dengan semangat patriotisme dan kecintaan kepada negara.
 
Majlis dimulakan dengan perarakan kontinjen yang terdiri daripada pelbagai agensi kerajaan, swasta, pasukan beruniform serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Perarakan ini bukan sahaja memperlihatkan disiplin dan komitmen para peserta, malah turut mencerminkan semangat perpaduan serta kebersamaan rakyat dalam menghayati erti kemerdekaan.
 
Turut diadakan pelbagai pengisian menarik termasuk persembahan kebudayaan, nyanyian lagu-lagu patriotik dan acara rasmi yang menambahkan lagi seri sambutan.
 
Teks ucapan YAB Menteri Besar Pahang telah disampaikan oleh Pegawai Daerah Temerloh, Dato’ Khairur Rizal bin Ramli. Dalam ucapannya, beliau menekankan kepentingan perpaduan sebagai asas kekuatan negara, serta mengajak rakyat untuk terus menghayati semangat kemerdekaan di bawah gagasan “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni”.
 
Majlis sambutan ini turut dihadiri oleh YB Dato’ Roduan bin Zaaba,ADUN Jenderak, Tuan Rizal bin Mustafa, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Temerloh, YH Dato’ Ridzuan Hazimin bin Ramli, Penyelaras DUN Kuala Semantan, Ketua-ketua Jabatan Daerah dan Dif-dif jemputan yang lain.
 
Dalam majlis penuh bersejarah ini, Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) turut mencatatkan kejayaan apabila Kontinjen MPT telah meraih Naib Johan Pertandingan Perbarisan. Pencapaian ini merupakan lambang disiplin, komitmen serta semangat patriotik warga MPT yang sentiasa mendukung usaha memperkukuh penghayatan kemerdekaan di peringkat daerah.
 
Semoga sambutan ini menjadi titik tolak untuk memperkukuhkan semangat kebangsaan, mempererat perpaduan dan menyemarakkan lagi kecintaan terhadap tanah air tercinta.
 
Dengan semangat yang membara, marilah kita terus berganding bahu demi masa depan Malaysia yang lebih gemilang.
Merdeka! Merdeka! Merdeka!
 
A
a
A
A
a
 
Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM DAN PEMBANGUNAN BELIA