MAJLIS PELANCARAN KEMPEN TANDAS AWAM BERSIH ‘BMW’ (BERSIH MENAWAN WANGI) TAHUN 2025
Temerloh terus melangkah ke hadapan dalam usaha memastikan kemudahan awam kekal bersih, selesa dan berdaya tarikan kepada masyarakat serta pelancong.
11 Ogos 2025 (Isnin) – Sebentar tadi Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) telah mengadakan Majlis Perasmian Kempen Kesihatan Persekitaran – Kempen Tandas Awam Bersih ‘BMW’ (Bersih Menawan Wangi) Tahun 2025 bertempat di Tandas Awam MPT, Jalan Tok Muda Awang Ngah.
Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh YH. Dato’ Razmi bin Sudin, Pengerusi Jawatankuasa Kebersihan dan Alam Sekitar MPT. Seterusnya, Majlis Perasmian disempurnakan oleh Tuan Rizal bin Mustafa, Yang Dipertua MPT. Turut hadir Ahli Majlis, Pengarah Jabatan MPT, peniaga-peniaga serta semua kakitangan MPT.
Majlis turut menyaksikan gimik perasmian dengan memotong riben bunting kempen serta penyerahan replika kunci sebagai simbolik permulaan rasmi kempen ini. Pelaksanaan kempen ini menzahirkan komitmen MPT dalam memastikan fasiliti tandas awam berada pada tahap kebersihan optimum demi keselesaan dan kesejahteraan pengguna.





Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
Laman Web: http://www.mpt.gov.my/
BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM DAN PEMBANGUNAN BELIA