LAWATAN TAPAK KE CADANGAN PROJEK MENJANA EKONOMI TAMBAHAN KOMUNITI SETEMPAT DI TAPAK PEKAN SEHARI KUALA KRAU
31 Julai 2025 ( Khamis) - Yang Dipertua Majlis Perbandaran Temerloh (MPT), Tuan Rizal bin Mustafa petang tadi telah mengadakan lawatan tapak cadangan projek menjana ekonomi tambahan komuniti setempat di Pekan Sehari Kuala Krau.
Lawatan ini turut dihadiri oleh Ahli-Ahli Majlis MPT dan pemimpin-pemimpin setempat bagi meninjau potensi pembangunan projek yang dijangka mampu:
- Meningkatkan peluang ekonomi untuk para peniaga tempatan
- Merancakkan aktiviti perniagaan di Pekan Sehari
- Memberi manfaat langsung kepada komuniti sekitar Kuala Krau
MPT sentiasa komited untuk menyokong inisiatif yang dapat memperkasakan ekonomi komuniti sekaligus memastikan pembangunan yang dilaksanakan memberi faedah jangka panjang kepada penduduk tempatan.





Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
Laman Web: http://www.mpt.gov.my/
BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM DAN PEMBANGUNAN BELIA